Home Berita PAS Sabah

Jamuan Raya PAS Tawau meriah dengan pengunjung pelbagai kaum

306
SHARE

Oleh: Siti Nadiah Abdul Mutalib

Tawau : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Kawasan Tawau yang diadakan di perkarangan hadapan Pejabat PAS Tawau, Kompleks Bandar Fajar, di sini , kelmarin meriah dengan kehadiran pelbagai kaum dan  lapisan masyarakat .

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd. Aminudin Bin Aling yang telah turut hadir berkata majlis tersebut berkata majlis tersebut mampu mengeratkan silaturahim bukan sahaja dengan orang Islam bahkan dengan penganut agama lain.

“ Walaupun negara kita sering mengalami krisis politik namun sambutan sebegini sangat digalakkan bagi mengekalkan keharmonian dan mengeratkan silatur-rahmi tanpa mengira agama, bangsa dan negara,” kata Mohd. Aminudin.

YDP PAS Kawasan Tawau, Mohamad Hussain yang juga merupakan Penasihat Jawatankuasa (JK) pelaksana program mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran majlis yang sangat meriah itu.

“Saya ingin merakamkan terima kasih atas usaha dan kerja dari semua AJK Pelaksana yang terdiri daripada semua entiti kita seperti Jabatan Amal, Nisa’, pelajar-pelajar Madrasah Darul Hidayah serta semua pihak yang menyumbang wang ringgit, tenaga, pandangan dan lain-lain yang tak dapat disenaraikan .

“Semoga sumbangan dan khidmat saudara saudari semua dihisab sebagai amal jariah yang hanya Allah dapat membalasnya.

“ Terima kasih tak terhingga kepada YB DR Muhammad Khalil bin Abdul Hadi AJK PAS Pusat dan YBhg Tuan Hj Mohd Aminuddin Aling, Pesuruhjaya PAS Sabah yang sudi bersama kita bagi merai tetamu-tetamu kita.

“ Kepada semua tetamu kita ucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan tuan-tuan dan puañ-puan semoga program hari raya ini menjadi penambat ukhuwah berpanjangan kita” kata Mohd Aminudin semalam.

Turut hadir ke majlis sambutan tersebut adalah mantan ADUN Tanjung Batu, YB Hajah Hamisa Binti Samat, Presiden Persatuan Kebangsaan Melayu, Haji kee Mohd Ayub Kee Abu Bakar, Ketua Bahagian USIA Tawau, Haji Yahya Haji Zainal, dan barisan kepimpinan parti-parti politik Sabah serta wakil-wakil NGO.

Pelbagai juadah telah dihidangkan seperti rendang , nasi beriani, mee kari , bakso, satay, kuih muih serta buah-buahan , dan pelbagai jenis minuman.