
Permatang Pauh 26 Feb 2024. Setiausaha Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang Ustaz Nizar Tajuddin bersama staf JAMNPP turun menziarahi Sdr Suhaimi yang merupakan seorang amilin tegar. Beliau yang ketika sihat dahulu sentiasa memberi komitmen dalam setiap tugasan yang diamanahkan.
Sdr Suhaimi yang tinggal di Semanggol, Perak sentiasa berulang alik dari rumah ke tempat kerja beliau di Mengkuang Titi Permatang Pauh bagi mencari nafkah kepada keluarga. Beliau yang merupakan warden Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum-SRIBU kini sedang diuji dengan masalah jantung, paru-paru berair dan bengkak anggota badan.

Kini beliau hanya mampu berada di atas kerusi roda dan sudah tidak mampu bekerja lagi. Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang – BKA terpanggil untuk turun ziarah beliau dan memberi sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan.

Seluruh Anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang sentiasa mendoakan kesembuhan buat beliau dan dapat kembali mencari nafkah kepada keluarga terutamanya. Bagi anda yang ingin menyumbang boleh terus salurkan sumbangan anda ke akaun yang tertera dibawah.
No Akaun :- 0701 6010 0605 30
Bank :- Bank Islam
Ref :- Ahmad Suhaimi bin Yusuf
Sumber FB : https://www.facebook.com/share/p/1GzF1aMTee/