Home Uncategorized

COVID-19: Jabatan Amal Malaysia Sarawak Serah Bantuan Kepada Petugas.

1367
SHARE

PETRA JAYA: Jabatan Amal Malaysia (JAM) hari ini telah menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan COVID-19.

Kali ini, JAM memilih petugas kesihatan di Hospital Umum Sarawak sebagai penerima fasa 1.

 

Sumbangan barang melibatkan kit kebersihan diri dan kit keperluan wanita di serahkan disekitar lobi utama hospital.

“Kit ini merupakan sedikit sebanyak usaha kita mampu usahakan kepada petugas hadapan dalam berhadapan dengan COVID-19 ini.” Jelas SM Salim, Komander JAM Petra Jaya.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dan berharap agar bantuan ini dapat diteruskan untuk Fasa 2.

Tambahnya lagi, Salim juga menyeru agar rakyat patuh kepada arahan kerajaan agar tinggal di dalam rumah jika tiada urusan penting untuk keluar.