Home Artikel PAS Pahang

JAM NEGERI PAHANG BERSAMA MASYARAKAT

519
SHARE

SUNGAI LEMBING 160NOV- Jawatankuasa Kampung Batu 6 Sungai Lembing telah menganjurkan satu program gotong- royong membersihkan Kampung dan menebang pokok berisiko tumbang yang dikhuatiri akan membahayakan dan merosakkan rumah penduduk kampung ekoran kepada keadaan cuaca musim tengkujuh dijangka akan tiba tidak lama lagi.

Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang Dan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Paya Besar secara lansung telah terlibat sama dengan Kekuatan seramai 20 orang anggota .

Hadir sama ialah Ketua Kampung Dan Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang. Asra Asmidas, Beliau mengucapakan ribuan terima kasih kepada Jawatan Kuasa Kampung Batu6 kerana sudi menjemput dan memberikan kepercayaan kepada Jabatan Amal untuk berganding bahu didalam program gotong- royong ini.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua anggota yang telah terlibat didalam program tersebut.

ucapan tahniah turut dizahirkan kepada Ketua Sektor operasi JAMNP, Halmi Ismail Dan Komanda JAM Kawasan Paya Besar kerana telah berjaya mengatur gerak kerja yang efisen.

Selain itu Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang juga sentiasa membuka ruang dan peluang kepada semua pihak Dan agensi yang ingin bekerjasama terutamanya dalam program kebajikan.

JAMNP juga sentiasa bersiap sedia bagi membantu semua agensi dan pihak dalam apa jua operasi seperti banjir, ribut, orang hilang dan berkaitan.