Home Berita PAS Terengganu

JAKM Terengganu terima sambutan, raih lebih RM4 juta jualan

44
SHARE

KUALA NERUS – Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Kompleks Sukan Stadium Negeri, Gong Badak menyaksikan sambutan luar jangkaan dalam kalangan masyarakat negeri ini sepanjang tiga hari penganjuran program itu yang berakhir hari ini.

Sekretariat Program JAKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu menerima lebih 30,000 pengunjung, sementara lebih RM4 juta jualan dan potensi perniagaan juga berjaya diraih.

Penglibatan 110 gerai jualan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)dan program padanan perniagaan dalam siri jelajah ini turut merancakkan aktiviti ekonomi terutamanya bagi usahawan tempatan.

Sebanyak 28 reruai (booth) kaunter perkhidmatan telah mengambil bahagian pada siri JAKM kali ini melibatkan pelbagai Kementerian, Agensi dan Kerajaan Negeri.

Terdapat 13 kaunter perkhidmatan bergerak antaranya seperti dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Mobile), Pusat Keluarga Bergerak (PKB), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Klinik Pergigian,Kementerian Kesihatan Malaysia, telah disediakan kepada Keluarga Malaysia yang hadir.

Dalam masa yang sama, JAKM Terengganu melalui Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia telah
bekerjasama dengan 89 syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan sebanyak 13,431 kekosongan jawatan untuk manfaat Keluarga Malaysia.

Seramai 2,771 orang peserta telah dipanggil menghadiri temu duga, 1,476 orang telah berjaya ke tapisan akhir dalam jawatan yang dipohon dan 454 orang telah berjaya ditawarkan pekerjaan.

JAKM yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember 2021 lalu.

Terengganu menjadi lokasi keempat bagi siri JAKM selepas di Johor, Perlis dan Sabah.