Home Berita PAS Perlis

Jadual Padat Iringi Dr. Wahibah di Perlis

1523
SHARE

Oleh: Najah Izzati

ARAU : Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, Ustazah Dr. Wahibah Tahir telah mengadakan kunjungan dua hari ke negeri Perlis pada 21 dan 22 Julai yang lalu.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Malaysia serta Ketua Pengarah Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA)  dan Timbalan Pengarah SRITI, tiba di negeri ini bagi memenuhi slot beliau bersama APSA.

Pada 21 hb Julai, beliau telah menghadiri Liqa’ Muslimat PAS Perlis yang diadakan di Ma’had Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi (MATIN), Kangar, Perlis.

Keesokan harinya, beliau mengambil kesempatan mengadakan lawatan ke SRI Al Furqan, Jejawi Dalam, untuk melihat sendiri perkembangan sekolah berkenaan.

Lawatan beliau telah disambut oleh Guru Besar SRIAF, Hj. Azmal Zaid Ahmad Azmi serta pihak pentadbiran sekolah.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberikan taklimat oleh pihak pentadbiran sekolah serta berpeluang mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah berkenaan hal ehwal SRITI.

Sebaik sahaja selesai lawatan ke SRI Al Furqan, beliau telah memenuhi undangan sebagai tetamu di Alam Ria PASTI Kawasan Arau yang diadakan di Balai Islam Madi, Jejawi Dalam, Perlis.