Home Berita PAS Sabah

Jadikan Ramadan sebagai medan muhasabah dan memberi kekuatan

47
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
9 April 2023

SANDAKAN: Jadikan Ramadan tahun ini sebagai medan muhasabah dan medan untuk memberi kekuatan dalaman sebagai persediaan bagi menghadapi PRN17, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid.

Menurutnya, setiap ahli perlu memainkan peranan penting menggerakkan aktiviti-aktiviti yang mendasar ke bumi.

“Selepas kita keluar dari bulan Ramadan yang mulia ini, kita akan susun aktiviti-aktiviti yang mendasar ke bumi yang kuat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berbuka puasa PAS Kawasan Sandakan.

“Walaupun pelbagai cabaran datang melanda mahupun badai dan taufan kita akan tetap teguh istiqamah,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan

PAS Kawasan Sandakan telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama cawangan-cawangan PAS kawasan di Taman Anggerik, Sandakan dekat sini kelmarin.