Home Berita PAS Sabah

Jabatan Amal Semporna bantu tabung darah Hospital

1065
SHARE

 

Oleh: Aizal Samsaruddin

20 Mei 2020

SEMPORNA: Lebih 20 orang anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Semporna telah `turun padang’ membantu mengisi tabung darah Hospital Semporna semalam yang kini dalam keadaan kritikal.

Jabatan Amal turun menderma darah selepas pihak Hospital Semporna war-warkan kempen derma darah bagi menampung tabung darah hospital itu yang kini dalam keadaan kritikal.

Komandan Jabatan Amal Kawasan Semporna Razis Asparin berkata, pihak Jabatan Amal menyahut kempen derma darah itu atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab sosial kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Kami agak terkejut apabila mengetahui bahawa bekalan darah di Hospital Semporna kritikal dan kami mengambil inisiatif untuk menyahut seruan kempen pihak hospital bagi membantu apa yang termampu,” katanya di sini semalam.

“Saya juga akan memastikan bahawa program sebegini menjadi program tahunan Jabatan Amal bagi membantu mengisi bekalan darah pihak hospital sekaligus membina hubungan baik dengan pihak hospital”, tambahnya lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Semporna, Huzaini Rohani, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Semporna, Shahril Shazwan Shahruddin.