Home Artikel PAS Sabah

Jabatan Amal Sabah turun lapangan khidmat Ustaz Abdul Somad

420 views
SHARE

Oleh : AHMAD FAIDHI MAWARDI
19 September 2019

KOTA KINABALU : Jelajah Dakwah Ulamak Nusantara, Ustaz Abdul Somad (UAS) berada di Sabah bermula 13 hingga 16 September anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah menarik minat Umat Islam tempatan baru-baru ini.

Setiap ceramah yang dilaksanakan dibanjiri orang ramai yang berpusu-pusu menghadiri majlis ilmu beliau dan ada yang datang daripada jauh seperti Brunei.

Jabatan Amal Malaysia Sabah telah diamanahkan untuk memastikan keselamatan Ustaz Abdul Somad, sepanjang siri ceramah beliau antaranya Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Masjid Negeri Sabah, Sembulan, Masjid Daerah Putatan, Nurul Hikmah, Bukit Padang.
Turut sama bertugas adalah Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmi Abidin.

Tugas JAM Sabah berakhir usai ceramah terakhir Ustaz Somad bertempat di Masjid Negeri Sabah, yang menyaksikan lebih daripada 20 ribu umat Islam membanjiri lokasi ceramah. Turut hadir YB Datuk Haji Aidi bin Moktar, Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri dan Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Mohd Taha, YDP Majlis Ugama Islam Sabah serta beberapa dif terhormat.

“Terima kasih kepada pihak penganjur dan AJK Masjid atas kepercayaan kepada Jabatan Amal menjaga keselamatan Ustaz Abdul Somad sepanjang di Sabah, “kata Zulzaim Hilmi Abidin.

Selain itu, Zulzaim Hilmi juga berharap agar Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah terus berbakti kepada Sabah agar lebih dikenali di Sabah dan diberkati Allah.