Home Berita PAS Selangor

Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Digerakkan Ke Pulau Pinang

854
SHARE

Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS) telah menggerakkan petugas-petugasnya ke Negeri Pulau Pinang untuk membantu mangsa yang ditimpa musibah banjir. Kerahan diperingkat Negeri Selangor oleh JAMNS telah dibuat kepada 22 Kawasan supaya menghantar seramai mungkin petugas amal bagi melaksanakan kerja-kerja amal di kawasan mangsa banjir Pulau Pinang. Antara Kawasan yang telah menghantar petugas amal seperti berikut :-

1. Jabatan Amal PAS Kawasan Kapar – 5 Anggota
2. Jabatan Amal PAS Kawasan Hulu Selangor – 9 Anggota
3. Jabatan Amal PAS Kawasan Gombak – 3 Anggota
4. Jabatan Amal PAS Kawasan Pandan – 9 Anggota

Jumlah di atas telah digerakkan ke Negeri Pulau Pinang pada hari ini. Jabatan Amal PAS Kawasan Hulu Selangor bergerak bersama-sama Konvoi Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Shehdi Hazrik
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
8hb November 2017, Rabu