Home Berita PAS Pahang

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan Sertai Misi Mencari Menyelamat Mangsa Hanyut

959
SHARE

Kuantan, 19 November – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan (JAMKK) menyertai misi mencari mangsa hanyut di Sg. Kuantan bersama dengan agensi penyelamat kerajaan hari ini.

Mangsa berwarganegara Indonesia telah hanyut ketika bekerja di projek jambatan baru Tg. Lumpur pada petang semalam ketika bekerja.

Misi mencari dan menyelamat telah bermula jam 11.00 pagi tadi oleh agensi mencari dan menyelamat iaitu Bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis.

JAMKK telah menurunkan seramai 9 orang anggota JAMKK dan turut disertai wakil JAM Negeri Pahang.

Setakat ini mangsa masih belum ditemui lagi dan misi masih lagi berjalan.