Home Berita PAS Terengganu

Jabatan Amal Hulu Terengganu Raikan Anak Yatim

670
SHARE

 

HULU TERENGGANU – Lebih 120 orang anak yatim berumur sembilan hingga 13 tahun di sekitar daerah ini diraikan dalam program ‘Masih Ada Yang Sayang’ yang dianjurkan oleh Jabatan Amal dan Ameerah Kawasan Hulu Terengganu.

Dalam program itu anak-anak ini dibawa ‘shoping’ oleh ‘ibu bapa angkat’ dari kalangan petugas AMAL dan Ameerah ke sebuah ‘Hypermarket’ di Kuala Terengganu dan diberi peluang untuk memilih sendiri kelengkapan hari raya seperti baju melayu, baju kurung, jubah, songkok, tudung dan kasut.

Setelah selesai ‘shoping’, anak-anak ini diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di sebuah Resort di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Seorang pelajar, Mohd Bakhri Baharuddin 12 tahun ketika ditemubual berkata, beliau berasa sangat gembira kerana dipilih untuk turut serta dalam program ini.

Beliau yang merupakan anak bungsu dari lima orang adik beradik dari Kampung Tok Lawit ini sangat seronok dan bersyukur kerana peluang ini datang hanya sekali dalam setahun.

Hari ini saya dapat beli baju raya baru, dapat makan sedap-sedap, selain itu dapat berkenalan dengan ramai kawan, jika diberi peluang dalam sesi akan datang saya pasti akan sertainya lagi”, ujar beliau sambil tersenyum teruja ketika ditemu pada Sabtu 17 Jun.

Sementara itu, Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu, Tuan Haji Muhyidin Abd Rashid yang turut menemani anak-anak ini membeli belah mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan orang ramai dalam menjayakan program masih ada yang sayang kali ke sepuluh tahun ini.

Semoga program ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan di masa yang akan datang.

{jathumbnail off}