Home Berita PAS Selangor

Jabatan Amal Hulu Langat bantu operasi PPV – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Hulu Langat

99
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | Tawaran khidmat sukarelawan Khidmat Malaysia di sekitar kawasan Bangi dan Hulu Langat oleh Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor bersama Pengerusi Papisma Selangor setelah berjumpa dengan para pegawai kesihatan Daerah Hulu Langat.

Menurut Pengerusi Khidmat Malaysia Hulu Langat Hj Shahril Adha Zamhury, pada hari Jumaat bersamaan 25 Jun 2021 Jabatan Amal Hulu Langat telah bermula untuk bertugas sebagai sukarelawan bagi membantu operasi PPV klinik kesihatan Bandar Sri Putra .

Pergerakan mereka telah diketuai oleh Komandan Jabatan Amal Hulu Langat Sdr Muaz dan kesemua anggota amal yang bertugas telah bersedia sejak awal pagi demi memastikan kelancaran operasi pembukaan Pusat Pemberian Vaksin PPV di Klinik tersebut.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Hulu Langat yang merupakan sebahagian daripada agensi dibawah PAS Kawasan Hulu Langat akan sentiasa komited untuk terus melaksanakan kerja-kerja kebajikan. Tahniah juga diucapkan kepada semua petugas, semoga Allah membalas jasa kalian dengan ganjaran yang setimpal disisinya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor