Home Berita PAS Sabah

Jabatan Amal dan Briged Muslimat konsisten bersama masyarakat

848
SHARE

Oleh : Yuslie Yussof
18 Ogos 2020

PUTATAN : Jabatan Amal Malaysia Kawasan (JAMK) Putatan dan Briged Muslimat Sabah Kawasan Putatan konsisten menyertai aktiviti kemasyarakatan anjuran penduduk setempat.

Ia dinyatakan oleh Komandan JAMK Putatan, Mohd Azri Mohd Ridhwan ketika ditemui semalam di Tanjung Dumpil dekat sini dalam program Beach Clean-Up.

Program anjuran Trash Hero Kota Kinabalu dengan kerjasama Masjid Daerah Putatan itu telah dilaksanakan sejak 27 Jun 2020 bagi membersihkan sampah di sekitar Pantai JKR, Pantai Lok Kawi dan Pantai Gorongon Tanjung Dumpil.

Menurut Azri, sejak 27 Jun itu pihaknya bersama Briged Muslimat telah menyertai program tersebut sebanyak enam kali berturut-turut setiap minggu sebagai tanda kebersamaan mereka dalam masyarakat.

“Aktiviti ini dilaksanakan setiap minggu dan turut disertai oleh masyarakat tempatan selain beberapa persatuan lain,” ujarnya lagi.

“Semua lapisan masyarakat khususnya belia yang menyertai aktiviti ini diharapkan dapat menjaga alam sekitar,” pesan beliau.

Dalam siri ke 6 program Beach Clean-Up itu, peserta telah berjaya mengumpulkan 1.4 tan sampah yang dikutip di sepanjang pantai berkenaan.