Bukit Gantang : Berikutan dari maklumat amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia,Kementerian Sains, Teknologo dan Inovasi pada 26 Mei 2018 berlaku hujan lebat di beberapa kawasan sekitar utara negeri Perak.
Antara yang menerima kesan buruk dari hujan lebat semalam adalah di DUN Trong yang dinaiki air sejak hujan lebat yang berlarutan hingga ke malam.
Jabatan Amal Bukit Gantang turun bersama-sama bagi membantu mangsa yang teribat yang mana bantuan dari segi kawalan keselamatan, operasi perpindahan penduduk ke POS Mangsa Banjir dan berbagai lagi.
Lawatan dan bantuan PAS Kawasan Bukit Gantang yang diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Faisal Abdul Rahman ke Pos Mangsa Banjir di seluruh DUN Trong.
Antara lokasi yang dilawati ialah Masjid Kuala Trong, Sekolah Temerlok, Dewan Orang Ramai Kg Nibung, Kg Sg Nyiur, Padang Gajah & Air Terjun.
Semoga Segala urusan dipermudahkan.