4Okt 20 Kuantan- Keselamatan pelajar pasti menjadi keutamaan dan perhatian utama oleh Pengurus Pasti Ilmi 2 Kampung Kempadang Permai iaitu Tuan Amirudin Bin Jasoh. Oleh itu beliau telah mengambil insentif untuk membuat penutup longkang bagi memastikan para pelajar dan guru tidak terjatuh kedalam lonkang yang boleh mebgakibatkan kecederaan.
Oleh demikian 3 anggota dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang yang diketuai oleh saudara Syed Zahid telah membantu pihak pasti dan Tuan Amirudin bagi menyiapkan penutup lonkang tersebut.
Semoga dengan sedikit usaha ini dapat membantu pihak pasti Dalam memastikan keselamatan pelajar Dan guru berada didalam keadaan yang baik.
Kami difahamkan oleh Tuan Amirudin bahawa pihak pasti masih dalam proses menyempurnakan pegerakkan pasti Dan memastikan keselamatan pelajar Dan guru terjamin. Oleh itu pihak pasti masih memerlukan sumbangan kewangan dalam menyelesaikan segalan pekara yang perlu Demi memastikan keselamatan dan keselesaan para pelajar dan guru berada dalam keadaan Yang baik.
Kepada para dermawan Yang ingin menyumbang boleh terus menghubungi Tuan Amirudin Di talian 013 9990784.
AMAL PAHANG STUDIO