Home Berita PAS Wilayah

Isu Sampah Sarap di Labuan

1829
SHARE

Media LATAS PAS WP

ISU SAMPAH SARAP DI LABUAN

Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar (LATAS) PAS Wilayah Persekutuan mengambil maklum isu yang melibatkan pencemaran sampah sarap di kawasan perairan sekitar Labuan. Melihat pada isu ini jika tidak diambil perhatian secara serius dan tuntas, maka ianya akan mengancam kelestarian alam sekitar, memusnahkan ekosistem serta menjejaskan imej Pulau Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan Negara.

Hasil tinjauan yang saya buat di Kampung Air Saguking dan Kampung Muslim (penempatan sementara – di bawah kelolaan UNHCR), keadaan sampah sarap bertaburan dan sangat mendukacitakan terutama semasa air bergerak surut. Sampah sarap tersebut hanyut bersama arus surut dan mencemarkan kawasan tebing UTC, Terminal Feri, Jeti Marina dan Pantai Kompleks Rekreasi Sukan Laut.

LATAS PAS WP melihat isu ini adalah berpunca daripada beberapa sebab :

1. Tidak ada kemudahan berpusat tempat pembuangan sampah.

2. Kurang kesedaran sivik tentang rantaian permasalahan pembuangan sampah sarap merata-rata.

Cadangan ke arah penyelesaian :

1. Pendidikan – Program bersepadu daripada jabatan-jabatan berkaitan untuk mengadakan kempen khas kepada penduduk terbabit.

2. Pihak berwajib perlu wujudkan mekanisma menghadang sampah sarap daripada hanyut ke kawasan perairan bandar dan seterusnya ke tempat lain.

3. Mewujudkan satu nilai ekonomi dengan ”Himpun dan Jual” sisa buangan daripada penduduk terbabit.

Jika tidak ada perhatian serius dan tindakan bersepadu, LATAS WP risau fenomena ini akan menyebabkan ;

1. Imej Labuan sebagai destinasi pelancongan dan Pulau Pesisir Kewangan Antarabangsa pasti akan terjejas teruk.

2. Bakal membunuh kelestarian ”Marine Life’

3. Akan membunuh kelangsungan hutan bakau yang diisytihar sebagai Khazanah Negara.

4. Juga akan menjadi punca pelbagai penyakit yang akhirnya tidak mustahil akan mewujudkan pandemik baru kepada kesihatan rakyat Pulau Labuan.

LATAS PAS WP akan membuat pertemuan khas dengan jabatan dan agensi berkaitan bagi berbincang dan mencari solusi terbaik kepada isu ini sebelum terjadinya “Unpredictable Environmental Disaster”

Hj Hamir Bin Hj Zahari
Pengerusi
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar
PAS, Wilayah Persekutuan.

Media LATAS PAS WPISU SAMPAH SARAP DI LABUANLajnah Asas Tani & Alam Sekitar (LATAS) PAS Wilayah Persekutuan…

Posted by L A T A S W P: Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar WIlayah Persekutuan on Wednesday, August 19, 2020