Home Berita PAS Selangor

Isu Pencemaran Air Mentah Yang Tidak Berkesudahan – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Tinta KP PAS Negeri Selangor

873
SHARE

Oleh : Ustaz Hanafi Bin Zulkapli

Lagi dan lagi isu pencemaran air mentah Selangor berulang seolah-olah tiada berkesudahan.

Pencemaran air mentah pada kali melibatkan 4 LRA dan lebih 1.1 juta pemegang akaun Meter Air Selangor.

Kita perlu ucap terima kasih kepada Syarikat Air Selangor yang sentiasa berkhidmat untuk memastikan pengesanan, pemulihan dengan pelbagai kaedah untuk memastikan air mentah yang sampai kepada rakyat Selangor adalah nyah pencemaran dan bersih.

Kes pencermaran air mentah seolah-olah tidak berkesudahan dan Rakyat terpaksa menanggung.

Tindakan yang tegas terhadap pihak yang menyebabkan pencemaran ini berlaku perlu dan wajib dikenakan.

Sikap tidak bertanggung jawab ini merupakan pengkhianat kepada negeri dan rakyat negeri Selangor.

Jangan lagi berkompromi dengan mereka yang berkepentingan dalam isu ini, Rakyat perlu diutamakan.

Insyallah, kami bersama-sama dengan Jabatan Amal Negeri Selangor akan bersedia membantu rakyat yang terkesan dengan semampu daya kami dalam tempoh pemberhentian operasi 4 LRA yang menyebabkan gangguan air berjadual kepada beberapa daerah dalam negeri Selangor.

Kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, mode standby dihidupkan bagi kawasan-kawasan yang terlibat, insyallah semoga Allah berkati usaha kalian semua. Pastikan SOP PKPB dilaksanakan sepanjang tempoh anggota berkhidmat untuk rakyat.

Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

19 Oktober 2020 | 2 Rabi’ulawal 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor