Home Berita PAS Pusat

Isu Hukuman Kepada Lesbian: SUHAKAM Tak Perlu Ulas Keputusan Mahkamah

1017
SHARE

Kenyataan Media :
19 Ogos 2018M | 7 Zulhijjah 1439H

Isu Hukuman Kepada Lesbian: SUHAKAM Tak Perlu Ulas Keputusan Mahkamah


1. Malaysia digemparkan dengan isu pasangan lesbian yang ditangkap di Dataran Arena Square Dungun pada 8 April baru-baru ini. Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,300 dan enam sebatan sebatan syariah kepada pasangan tersebut.

3. Saya melihat perkara ini berlaku apabila masyarakat kita terlalu terdedah kepada budaya hedonisme yang tidak dikawal dan terlalu ikutkan telunjuk hawa nafsu. Apabila kurangnya pembudayaan agama dalam kehidupan, manusia akan tersasar dari landasan yang benar dan jatuh ke lembah nafsu. Saya berharap mereka akan bertaubat.

4. Namun demikian, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) cuba mempersoalkan dan mengecam hukuman yang telah ditetapkan oleh Mahkamah terhadap kesalahan fitrah yang telah dilanggar oleh pasangan ini. SUHAKAM dilihat tidak menghormati keputusan yang telah keluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam kes ini.

5. Saya tidak nampak perkara apa yang yang melanggar hak asasi manusia dan memalukan pesalah. Hukuman yang dikenakan juga bukanlah hukuman yang mencederakan apatah lagi memudarat pesalah. Pasangan tersebut juga telah mengaku bersalah dan apabila salah, perlulah menjalankan hukuman akibat kesalahan yang telah dilakukan itu supaya mereka dan masyarakat menjadi gerun untuk melakukan kesalahan yang sama di kemudian hari.

6. Ini semua, dalam amatan saya, adalah cubaan untuk menjatuhkan dan memburuk-buruk undang-undang syariah di negara ini dengan tuduhan dan permainan persepsi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

7. Negeri Terengganu mempunyai undang – undang yang telah termaktub di dalam perlembagaan negeri. SUHAKAM sepatutnya lebih mengerti tentang prosedur mahkamah. Saya ingin menasihatkan Pengerusi SUHAKAM agar memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana hak asasi orang Islam juga perlu dihormati dalam negara berbilang kaum ini.

YB Wan Hassan Bin Mohd Ramli
Ahli Parlimen Dungun

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1393801344087280&id=109686902498737