Home Rencana PAS Wilayah

Isu Fatwa : Keputusan mengundang resah

6
SHARE
Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu (DPPKB) mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membatalkan pemakaian Fatwa Majlis Agama Islam Selangor bertarikh 31 Julai 2014 terhadap Sisters in Islam (SIS), atas alasan entiti tersebut merupakan sebuah syarikat dan bukan individu.
Walau bagaimanapun, Mahkamah mengekalkan bahawa fatwa tersebut masih terpakai terhadap mana-mana individu yang mengamalkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama seperti yang dinyatakan dalam fatwa tersebut.
Selari dengan keputusan tersebut, maka DPPKB menyeru seluruh ahli, pendokong dan pengikut SIS yang menyokong tindakan-tindakan menyeleweng supaya bertaubat dan menegaskan bahawa ancaman sekularisme (pemisahan agama), pluralisme (semua agama sama) adalah serius dan perlu dihindari.
Keputusan ini juga memperlihatkan bagaimana tafsiran teknikal terhadap perkataan dan frasa dalam pewartaan boleh memberi kesan besar terhadap usaha institusi-institusi Islam dalam mempertahankan akidah umat.
Namun begitu, keputusan ini juga membuka ruang untuk agensi-agensi agama memperkukuhkan pendekatan dan pelaksanaan dasar agar ia lebih kukuh dari sudut perundangan dan tidak mudah dicabar oleh pihak-pihak yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
DPPKB menyeru seluruh masyarakat untuk mengambil cakna terhadap perkembangan ini dan memberi sokongan kepada usaha berterusan dalam memartabatkan Islam sebagai agama yang suci dan dihormati di negara ini.