Home Kenyataan Media PAS Selangor

ISU DR ZAKIR NAIK : PAS SELANGOR BERPENDIRIAN TEGUH PERTAHAN

660
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

YB DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI

Pesuruhjaya PAS Selangor

ISU DR ZAKIR NAIK :
PAS SELANGOR BERPENDIRIAN TEGUH PERTAHAN

Umat Islam yang waras akal dan mempunyai rasa keimanan pasti tidak akan duduk diam terhadap serangan terbaru DAP yang semakin melampau apabila beriya-iya memberikan tekanan untuk mengusir Dr Zakir Naik dari Malaysia.

Ia jelas kelihatan apabila isu tekanan pengusiran Dr Zakir Naik semakin hari semakin diperbesarkan sama ada menerusi kenyataan pimpinan DAP serta beberapa himpunan jalanan yang diadakan bagi menunjukkan ketidaksetujuan kaum India khususnya terhadap Dr Zakir Naik yang diberi perlindungan dalam negara Malaysia.

Umat Islam merupakan ummah yang bersaudara merentasi perbezaan warna kulit, sempadan geografi serta jalinan darah kaum kerabat kekeluargaan nasab. Umat Islam dihubungkan ikatan persaudaraan dengan ikatan akidah.

Hakikatnya kebiadapan DAP terhadap Islam sangat jelas. Bukan sahaja kecaman pada Dr Zakir Naik, Negeri Selangor sendiri berdepan dengan sikap pimpinan DAP yang secara lantang mengkritik dan menolak rang undang-undang di Dewan Undangan Negeri Selangor yang mencadangkan untuk membenarkan penukaran agama kanak-kanak bawah umur secara sepihak oleh salah seorang daripada ibu bapa mereka.

Jika DAP terus biadap dengan tindakan-tindakan yang diambil tersebut, ibarat kata Tuan Guru Presiden PAS “jangan merempuh lampu merah”. Hak ikatan persaudaraan Islam mengatasi warganegara dan merentasi sempadan negara dan bangsa.

16 Zulhijjah 1440H | 17 Ogos 2019