Home Artikel PAS Wilayah

ISU DEHIJABBING & PERJUANGAN LIBERAL.

141 views
SHARE

ARTIKEL : PEMUDA PAS BATU MIND 2019 – 3

ISU DEHIJABBING & PERJUANGAN LIBERAL.

1. Baru-baru ini timbul suatu Forum “Malay Women & Dehijabbing”. De-hijabbing bukan difahami secara literal bermaksud “membuka tudung” tetapi bermaksud “tidak lagi memakai tudung”. Justeru program tersebut adalah suatu ekspresi kebanggaan pengalaman mereka yang membuka tudung.

2. Suatu ciri yang kita selalu terlepas pandang dengan kelompok liberal adalah “konsisten dengan kontroversi”. Bukan soal apa “kontroversi” yang dibawa kerana bagi mereka, kontroversi adalah sebahagian daripada lumrah “perjuangan” mereka. Cuma yang penting adalah “konsisten”. Dengan konsistensi, kontroversi boleh dipudarkan.

3. Inilah sebahagian proses normalisasi dalam masyarakat. Bukan untuk diterima hari ini atau esok, tetapi 10, 20 tahun akan datang. Cuma renungkan, 10, 20 tahun yang lalu, siapa berani ungkapkan mengenai eljibiti?

4. Jika kita membahas pemikiran liberalisme, ia akan berbalik kepada ideologi sekularisme. Asas kepada sekularisme adalah “dualisme” atau dikotomi. Sekularisme adalah ideologi yang mengasingkan politik dengan Islam, manakala sesetengah liberal mengasingkan moral dan individu.

5. “Saya pelacur, tetapi saya masih seorang yang baik hati, solat”. “Saya tidak bertudung, tetapi saya masih ada iman”. Kenyataan yang kontradik tetapi itulah bentuk dualisme pemikiran. Sedangkan jiwa mereka itu tetap satu dan tidak terpisah.

6. Tidak mustahil program Dehijabbing adalah “counter-event” terhadap¬†#WorldHijabDay. Sasarannya adalah anda Muslimah tapi anda tidak semestinya bertudung. Pelik tapi benar. Jika kita bandingkan dengan tragedi di Christchurch, apabila wanita non-Muslim mahu mendekati Islam, kebanyakan mereka mula mencari tudung! Di Malaysia ada gerakan Muslimah tanpa tudung, bukan kerana faktor kejahilan tapi kerana perangai melawan syariat.

7. Bahaya jarum liberal. “Sepertimana seseorang itu bebas untuk bertudung, seperti itu jugalah mereka bebas untuk tidak bertudung”. Kebebasan tanpa batasan, kelihatan logik sekali imbas. Tetapi kata iman kenyataan itu jelas membelakangi syariat. Bila akal mendahului panduan wahyu, hilang kewarasan berfikir.

Dtulis oleh Muhammad Hafiz Bin Mansor, AJK Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu.