Home Artikel PAS Wilayah

Israk dan Mikraj Simbolik Pengukuhan Aqidah

294
SHARE

Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab merupakan peristiwa agung dalam sejarah Islam.

Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, manakala Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1)

Peristiwa yang mengangkat martabat Saidina Abu Bakar sebagai Al-Siddiq (yang membenarkan segala kata-kata Nabi Muhammad SAW) haruslah dijadikan iktibar buat kita semua agar kita bermuhasabah akan tahap keimanan kita kepada Allah SWT.

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan menyeru seluruh umat Islam khususnya di Malaysia untuk terus mendalami ilmu ke arah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk mempertahankan aqidah yang kita imani ini.

Di samping itu, teruslah juga berdoa agar Allah SWT melindungi kita dari bencana pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia sekarang ini.

#IslamMemimpinPerpaduan
#MalaysiaSejahtera

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN