Home Minda Presiden

Israel: Zionis makhluk perosak alam

101
SHARE

Minda Presiden PAS
[Bil: 93 / 2023]
ISRAEL: ZIONIS MAKHLUK PEROSAK ALAM


Allah SWT mendedahkan keangkuhan kaum Yahudi dan kekufuran mereka terhadap-Nya, sehingga menjadi golongan yang dimurkai oleh-Nya. Malah, umat Islam diminta berlindung kepada Allah agar tidak menjadi seperti mereka dalam setiap rakaat solat yang didirikan.

Firman Allah SWT:

﴿وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤﴾

“Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah terbelenggu (bakhil).’ Sebenarnya, tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Bahkan) kedua-dua tangan Allah sentiasa terbuka (pemurah). Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka terus berbuat kerosakan di muka bumi; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.” [Surah al-Ma’idah: 64]

Begitulah perangai kaum Yahudi yang paling dimurkai Allah SWT. Mereka bukan sahaja kufur dari segi aqidah, malah kufur terhadap ni‘mat yang dikurniakan oleh Allah serta melakukan kerosakan alam. Sekalipun mereka dikurniakan ni‘mat dan rahmat yang melimpah-ruah.

Allah SWT telah memilih ramai dalam kalangan kaum Yahudi para anbiya’ dan raja besar, namun ramai dalam kalangan para rasul dan pemimpin yang adil menjadi mangsa pembunuhan mereka. Hal ini demikian kerana, mereka dibejati hawa nafsu yang rakus terhadap kehidupan dunia yang menjadi ujian kepada manusia, sehingga mereka menghalalkan segala cara demi mencapai matlamat memuaskan hawa nafsu.

Firman Allah SWT:

﴿إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ٢١ أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ ٢٢﴾

“Sesungguhnya, orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi dengan jalan yang tidak dibenarkan serta membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita gembira kepada mereka bahawa mereka akan menerima seksa yang pedih. (21) Mereka itulah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh sesiapa pun menjadi penolong. (22)” [Surah Ali ‘Imran: 21-22]

Firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ وَقَفَّيۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِۦ بِٱلرُّسُلِۖ وَءَاتَيۡنَا عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَأَيَّدۡنَٰهُ بِرُوحِ ٱلۡقُدُسِۗ أَفَكُلَّمَا جَآءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَهۡوَىٰٓ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِيقٗا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِيقٗا تَقۡتُلُونَ ٨٧﴾

“Dan sesungguhnya, Kami telah mendatangkan al-Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami telah menyusulinya (berturut-turut) sesudah itu dengan rasul-rasul, dan Kami telah memberikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada ‘Isa, putera Maryam dan Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul Qudus (Jibril AS). Apakah setiap kali datang kepada kamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginan kamu lalu kamu menyombong; maka beberapa orang (antara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” [Surah al-Baqarah: 87]

Mereka berbangga dengan sejarah zaman silam nenek moyang mereka terdahulu yang terdiri daripada kalangan para anbiya’ (Bani Isra’il), tetapi mereka tidak beriman kepada Allah, Kitab dan para rasul yang dikurniakan kepada mereka. Lebih malang lagi, mereka menukarnya kepada fahaman yang sesat dan merosakkan diri, serta berusaha merosakkan umat manusia bersama kesesatan yang dicipta oleh mereka.

Selain itu, mereka juga melancarkan gerakan melalui dua pertubuhan dengan tujuan untuk menguasai dunia; iaitu Freemason dan pertubuhan Zionis atau dalam bahasa Hebrew disebut “Tsiyonut” bagi memperkasakan kebangsaan kaum Yahudi. Kedua-dua pertubuhan ini, kemudiannya melebarkan urusannya melalui pelbagai usaha dengan mempengaruhi parti-parti politik, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh yang berada di bawah pengaruhnya.

Di samping itu, pertubuhan yang ditubuhkan ini juga berusaha menanam teori-teori sesat yang membawa semangat kemuliaan kaum Yahudi yang dianggap sebagai bangsa pilihan Allah sepanjang zaman yang berkekalan. Sehingga,  meletakkan bangsa bukan Yahudi hanyalah bertaraf binatang berupa manusia yang dinamakan Goyim.

Fahaman ini disebarkan melalui teori Darwin, seorang yang diletakkan taraf sebagai ahli falsafah dan pemikir agung berbangsa Yahudi. Charles Darwin membawa teori evolusi kejadian alam yang tercipta dengan sendiri, bukan terjadi dengan ciptaan Allah SWT.

Maka, kejadian manusia juga melalui perubahan evolusi kejadian alam daripada berbentuk monyet sebelum berubah menjadi bentuk manusia. Teori ini disebarkan secara halus memasuki sistem pelajaran dan pendidikan di seluruh dunia, termasuk juga Malaysia. Maka, tinggallah kaum Yahudi sahaja yang berasal daripada Adam dan Hawa mengikut ilmu wahyu daripada Kitab Allah.

Mereka berjuang bagi menegakkan negara kuasa besar yang memerintah seluruh dunia yang berpusat sempadannya bermula dari Laut Mediterranean hingga Laut Merah, dan dari Sungai Nil hingga Sungai Furat (Euphrates) dengan langkah merosakkan manusia bukan berbangsa Yahudi. Tujuannya bagi mengembalikan semula kerajaan Nabi Dawud dan Nabi Sulaiman AS, kuasa besar tunggal yang menjadi kemegahan mereka yang berpusat di Bait al-Maqdis. Maka, mereka merampas Masjid al-Aqsa untuk dibina di atas tapaknya sebuah kuil terbesar agama Yahudi yang dinamakan Haikal Sulaiman.

Allah SWT menegaskan dalam al-Quran bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawwa’. Firman Allah SWT:

﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١﴾

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawwa’); dan daripada kedua-duanya, Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta antara satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” [Surah al-Nisa’: 1]

Firman Allah SWT:

﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣﴾

“Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan (Adam dan Hawwa’) serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” [Surah al-Hujurat: 13]

Ayat-ayat di atas membuktikan bahawa martabat manusia adalah diukur berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah, bukan diukur melalui aspek keturunan, warna kulit dan kebangsaannya. Ketaqwaan itu ialah ketaatan kepada Allah mengikut petunjuk-Nya melalui kitab yang diwahyukan kepada Rasul yang dilantik oleh-Nya. Firman Allah SWT:

﴿ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢﴾

“Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.” [Surah al-Baqarah: 2]

Akhirnya, kaum Yahudi bertukar menjadi satu bangsa yang paling hina dan paling dimurkai oleh Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:

﴿…وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ٦١﴾

“…Lalu ditimpakan kepada mereka kehinaan dan kepapaan, serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 61]

Daripada mereka, lahirnya pula pencipta ideologi dan teori sesat yang merosakkan politik, ekonomi dan akhlak, antaranya seperti Charles Darwin, Karl Marx, Adam Smith dan lain-lain.

Seterusnya, puak Zionis berjuang supaya dapat menguasai politik negara kuasa besar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ekonomi antarabangsa, serta media yang mempengaruhi pemikiran dan kehidupan manusia yang dilemahkan supaya semuanya berada di bawah kuasa negara besar Israel. Antara pendekatannya ialah mencetuskan huru-hara dan peperangan yang menghancurkan negara dan bangsa lain. Jika dilihat pada sejarah, penglibatan Zionis yang telah mencetuskan dua perang dunia tidak boleh dinafikan sekali-kali.

Dalam aspek ekonomi pula, mereka menyebarkan muamalat riba yang diharamkan oleh Allah SWT. Kini, mereka menguasai Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Melalui kekayaan ekonomi dan pengaruh media, mereka menentukan supaya calon yang menang menjadi ketua kerajaan mestilah menyokong Israel dan melindunginya, sekali gus menjadikan semua calon yang dipilih menang dengan sokongan Zionis. Melalui negara-negara tersebut, ahli-ahli Zionis berjaya berada dalam pentadbiran PBB dan cawangannya, seperti Majlis Keselamatan dan lain-lain.

Oleh sebab itu, semua negara kuasa besar terlibat dalam menubuhkan negara haram Israel walaupun perbuatan itu diharamkan oleh agama Yahudi sendiri. Kumpulan sekular yang mempengaruhi fahaman, pemikiran dan kehidupan masyarakat melalui gerakan Zionis berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkannya.

Bahkan, mereka menarik para pemimpin negara Barat yang berjaya dipengaruhi oleh mereka untuk sama-sama berjuang menegakkan dan mempertahankannya. Sehingga mereka bertindak mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang bertopengkan konsep liberalisme dan hak bangsa Yahudi bagi mempertahankan negaranya dengan menghalalkan segala cara, tanpa dihalang oleh undang-undang dan sempadan hak asasi manusia. Pada masa yang sama, mereka cuba mempengaruhi masyarakat antarabangsa dengan ICERD, Statut Rom, Kelab Rotary dan lain-lain.

Mereka juga mencipta naratif bangsa Yahudi yang ditindas dengan zalim supaya mendapat simpati masyarakat antarabangsa, kononnya menjadi mangsa Holokus ketika Perang Dunia. Kini, terdedah bahawa mereka sendiri melakukan polisi Holokus dengan menyerang Gaza secara ganas, bahkan pendatang Yahudi bebas menyerang rakyat Palestin bagi menghapuskan mereka dengan membunuh termasuklah kalangan kanak-kanak dan bayi.

Kemudian, muncul kumpulan Yahudi Ortodoks bermazhab Neturei Karta yang mendedahkan larangan dalam kitab Taurat, bahawa haram menubuhkan negara kaum Yahudi setelah mereka dilaknat Allah kerana dosa terhadap Allah dan para rasul-Nya.

Akan tetapi, fahaman fanatik kebangsaan Yahudi tetap diperjuangkan oleh Zionis bagi menegakkan negara impian tersebut pada era penjajahan Eropah, melalui Perjanjian Balfour tahun 1917 dengan merompak bumi Palestin daripada penduduk asalnya. Mereka melakukan keganasan yang melampaui batas kemanusiaan, sehingga ke peringkat lebih melampau daripada binatang liar di hutan rimba dengan melakukan serangan bagi menghapuskan manusia bukan Yahudi daripada kalangan kanak-kanak dan lain-lain. Maka, tidak menghairankan apabila adanya kalangan Zionis yang mencadangkan penggunaan senjata pemusnah yang lebih ganas daripada binatang buas di rimba.

Lebih malang lagi, keganasan ini dilakukan dengan sokongan Amerika Syarikat dan sekutunya yang berlagak menjadi pendamai. Benarlah firman Allah SWT dan amarannya:

﴿وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ ٢٠٥ وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِۚ فَحَسۡبُهُۥ جَهَنَّمُۖ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ ٢٠٦ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡرِي نَفۡسَهُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ ٢٠٧﴾

“Dan antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal dia adalah penentang yang paling keras. (204) Dan apabila dia berpaling (daripada kamu), dia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. (205) Dan apabila dikatakan kepadanya, ‘Bertaqwalah kepada Allah’, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka, cukuplah (balasannya) neraka Jahanam. Dan sungguh neraka Jahanam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya. (206) Dan antara manusia, ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. (207)” [Surah al-Baqarah: 204-207]

Amerika Syarikat dan sekutunya berpura-pura menegaskan ucapan perdamaian dan hak asasi manusia, tetapi pada masa yang sama membekalkan senjata termasuk senjata pemusnah yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa. Akan tetapi, larangan itu dikecualikan ke atas Israel.

Allah SWT mendedahkan senario sejarah bangsa Yahudi yang melakukan kejahatan dan akhirnya mereka akan dimusnahkan. Firman Allah SWT:

﴿وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا ٤ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡكُمۡ عِبَادٗا لَّنَآ أُوْلِي بَأۡسٖ شَدِيدٖ فَجَاسُواْ خِلَٰلَ ٱلدِّيَارِۚ وَكَانَ وَعۡدٗا مَّفۡعُولٗا ٥ ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَيۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَٰكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِيرًا ٦ إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأٓخِرَةِ لِيَسُ‍ُٔواْ وُجُوهَكُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٖ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا ٧﴾

“Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Isra’il dalam Kitab itu, ‘Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan sesungguhnya kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.’ (4) Maka, apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama daripada dua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka menjelajah di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. (5) Kemudian, Kami berikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantu kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. (6) Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi diri kamu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi diri kamu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuh kamu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai. (7)” [Surah al-Isra’: 4-7]

Kini, mereka melakukan kejahatan kali kedua yang akan menempah kemusnahan pada akhir zaman dengan kemenangan umat Islam. Mereka menguasai politik, ekonomi dan kemajuan teknologi persenjataan yang membunuh hidupan dan merosakkan alam sekitar, tanpa mempedulikan amaran daripada kalangan agamawan mereka sendiri. Inilah yang berlaku apabila kalangan sekular yang melampau menguasai pemerintahan negara Israel.

Kemuncaknya terkini, mereka mengganas membunuh rakyat Palestin dan menceroboh Masjid al-Aqsa. Mereka juga sudah bersedia melakukan upacara korban lembu betina berwarna merah mengikut kepercayaan mereka, bagi merasmikan asas Haikal Sulaiman (kuil Yahudi) terbesar menggantikan Masjid al-Aqsa. Pendatang Yahudi dibawa mencurah-curah dengan latihan senjata untuk melakukan keganasan dengan bantuan Amerika Syarikat dan sekutunya negara Eropah dalam gabungan tentera Ahzab yang pernah dimusnahkan pada zaman Rasulullah SAW.

Kini, muncul kumpulan Islam (Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah) yang mencabar tentera Zionis, lalu mereka melakukan propaganda bagi memburukkan kumpulan Islam seperti Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah yang bertindak melancarkan serangan bertali arus dan menguasai medan. Tohmahan yang dilemparkan, kononnya semua kumpulan Islam itu sama sahaja dengan kumpulan Daesh (yang sebenarnya dicipta oleh mereka) yang mengganas dan membunuh secara melampau, namun kini telah nyata pembohongannya.

Sebaliknya, kumpulan Zionis Yahudi dan bukan Yahudi pula yang benar-benar mengganas menyerang hospital, rumah ibadat dan kawasan awam. Berita ini dilaporkan oleh semua media dan kini mencetuskan kebencian di seluruh dunia terhadap Zionis, dan ia gagal dinafikan oleh pembohongan media Barat yang dipergunakan.

Ternyata bahawa serangan Hamas yang disokong oleh kumpulan Islam wajib dilaksanakan selepas kumpulan Zionis melakukan tindakan melampau melalui pendatang Yahudi di Tebing Barat yang menceroboh Masjid al-Aqsa.

Adapun tindakan kumpulan Islam melancarkan serangan terhadap Zionis adalah mengikut perintah Allah SWT:

﴿وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ١٩٠﴾

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]

Hakikatnya, semua kumpulan Islam itu menyerang sasaran tentera sahaja, dan mengelakkannya dari kawasan awam. Mereka juga melayan tawanan perang mengikut adab-adab Islam, bahkan membebaskan tawanan wanita, kanak-kanak dan warga tua. Berbeza dengan Israel dan sekutunya yang disaksikan melampau dan ganasnya oleh seluruh pelosok dunia, sehingga mencetuskan protes besar-besaran di negara yang berpihak kepada Israel.

Kita menyaksikan sebahagian besar negara Eropah menyertai Amerika Syarikat datang membantu Israel dengan mengerahkan armada tentera. Bukan sahaja bantuan senjata yang datang mencurah-curah demi menjaga keselamatan Israel, malah mereka juga berkumpul dalam kumpulan bersekutu Ahzab. Namun begitu, Allah SWT menegaskan bahawa mereka tidak boleh mengalahkan kekuatan iman yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran yang menjadi petunjuk sepanjang zaman.

Firman Allah SWT:

﴿وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا ٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣﴾

“Dan pada masa orang-orang Mukmin melihat tentera al-Ahzab, mereka berkata, ‘Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita.’ Dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (22) Antara orang-orang Mukmin itu, ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka antara mereka ada yang gugur. Dan antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak mengubah (janji mereka) sedikit pun. (23)” [Surah al-Ahzab: 22-23]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 24 Rabi‘ al-Akhir 1445 / 8 November 2023