Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Zurk Ahmad
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat
1. Pegawai AADK didakwa membunuh. Tertuduh yang berasal dari Kamunting, Perak bertugas di AADK Kuala Muda didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Zahari Ayub, 24, pada jam 10.40 malam, 18 Julai lalu.
2. Dua anggota polis ditahan berparti liar. Dua anggota polis antara 14 individu yang ditahan Ketika sedang asyik berhibur dalam “parti ketamin” di sebuah kondominium mewah di Changkat Raja Chulan.
3. Lapan termasuk empat anggota polis ditahan. Empat anggota polis dan empat wanita orang awam ditahan Ketika sedang asyik berparti di sebuah balai polis dalam serbuan Bukit Aman di Kajang.
4. Tiga pegawai kanan SPRM disiasat larikan wang RM25 juta. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan suruhanjaya itu.
Empat kes diatas adalah contoh kes yang melibatkan penjawat awam yang sepatutnya menjadi penyelamat serta benteng kepada kerja membanteras jenayah. Tetapi mereka sendiri terlibat dan terpalit dengan kes yang tidak dapat kita bayangkan selama ini.
Apakah titik temu kepada empat kes diatas?
Akhlak!
Dalam membaca dan memahami kegemilangan tamadun Islam, kita tidak seharusnya sekadar mengenang kehebatan ekonomi, geopolitik mahupun ketenteraannya, sebaliknya perlu melihat kepada aspek yang utama, iaitu akhlak.
Ketika kekuatan lain hilang, keunggulan akhlak dan kehalusan budi kekal selama-lamanya, bahkan menjadi tiang utama kehebatan fizikal tamadun cemerlang. Ia hadir dengan penghayatan nilai Islam yang sebenar.
Dalam pada itu, masih ramai yang memperkecilkan usaha membawa masyarakat kembali kepada agama dalam membentuk akhlak para pemimpin dan masyarakat. Termasuk penjawat awam.
Apakah ada sinar lain selain Islam yang mampu memandu manusia membersihkan hati dan kembali kepada Allah dengan sepenuh jiwa raga?
Islam penyelamat ummah!
21 September 2021 | 14 Safar 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor