Home Artikel PAS Sabah

Islam Memimpin tema Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu Sapi

73 views
SHARE

Oleh : Laila Ismail
09 April 2019

BATU SAPI : Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Batu Sapi telah berlangsung pada ahad lalu di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kawasan Batu Sapi dekat sini.

Tema ” Islam Memimpin” diangkat sebagai tema MAT pada kali ke-10 ini yang telah dihadiri oleh semua ahli PAS Kawasan Batu Sapi.

Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Ustaz Ahmad Naufal, dalam ucap tamanya berharap agar adanya perkongsian idea, sumbangan tenaga dan meterial daripada semua pendokong serta penyokong parti.

Tambahnya, PAS mampu menjadi parti dan jemaah yang memimpin masyarakat yang ada di Batu Sapi khususnya juga di Malaysia amnya sesuai dengan tema MAT kali ini.

Beliau turut berkata bahawa Islam membawa risalah sejagat yang menjadi rahmat seluruh alam.

“Dasar, konsep dan tujuannya tidak terikat dengan semangat kebangsaan semata namun tetap mengiktiraf peranan bangsa dalam perjuangannya”, jelasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa pentingnya setiap ahli memahami peranan dan tanggungjawab dalam menyampaikan mesej Islam seterusnya mengangkat martabat Islam setinggi-tingginya.

“Konsep kesyumulan Islam harus diterjemahkan dalam segenap aspek kehidupan kita supaya Islam terus menjadi panduan dan memimpin kehidupan seluruh umat,” ulasnya.

Beliau mengakhiri ucap tema tersebut dengan mengingatkan semua ahli yang hadir agar sentiasa menghayati agenda “Islam Memimpin” yang digagaskan oleh Presiden PAS seterusnya menggunakan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera dalam setiap tindakan.