PAS mengecam sekeras – kerasnya tindakan biadap ahli politik berhaluan kanan Sweden – Denmark Rasmus Paludan yang membakar naskah suci Al Quran di hadapan bangunan kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden semalam yang amat keterlaluan, ekstrim dan menghina kesucian agama Islam.
Ia adalah satu tindakan yang amat rasis dan Islamofobia yang melampau di mana ia telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Disaat dunia berada diambang ketidaktentuan, insiden seperti ini perlu dihalang agar tidak berlaku pertembungan antara agama yang mampu membawa kepada kesan yang amat buruk.
Kebebasan bersuara yang diamalkan Barat sewajarnya tidak dijadikan alasan untuk menghina kesucian agama Islam mahupun mana – mana agama yang lain. Adalah amat tidak wajar kepada mana – mana individu dengan sewenang – wenangnya menghina agama lain terutamanya dalam bentuk provokasi seperti membakar Al Quran mahupun melukis karikatur berupa Nabi Muhammad SAW.
Umat dan Dunia Islam sewajarnya mengecam tindakan biadap ini yang telah mencemarkan kesucian agama Islam yang mulia ini. Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu umat Islam untuk mempertahan dan membela agama Islam yang mulia ini dari terus dihina dan dicemarkan kesuciannya.
YB Dr. M Khalil Abdul Hadi
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk
#PASTerengganu #PNBEST #TeguhPertahan #MalaysiaSejahtera #BersihDanStabil #TerengganuMajuBerkatSejahtera