Home Berita PAS Terengganu

Iran serang Israel

41
SHARE

KUALA TERENGGANU, 14 April – Tentera Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melancarkan serangan dron dan peluru berpandu balistik ke atas sasaran-sasaran utama di negara haram Zionis Israel sebagai tindakbalas terhadap pengeboman bangunan Kedutaan Iran di Damsyik, Syria pada minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata berikutan serangan tersebut, sebanyak 726 amaran merah dikeluarkan oleh pihak keselamatan negara haram Israel yang meliputi hampir separuh negara haram tersebut dengan siren amaran dibunyikan dihampir keseluruhan negara haram Israel.

Katanya, dipercayai lebih daripada 100 buah dron dan puluhan peluru berpandu balistik dilancarkan IRGC ke atas negara haram Israel dengan kebanyakkan daripada mengenai sasaran walaupun dilaporkan sistem anti peluru berpandu regim Zionis Israel “Iron Dome” berjaya memintas majoriti daripadanya.

“Media Isreal dan kemudiannya pihak berkuasa regim Zionis Israel melaporkan sekurang-kurangnya tujuh peluru berpandu balistik IRGC telah mengenai sasarannya ke atas pengkalan tentera udara utama tentera udara regim zionis Israel iaitu pengkalan udara Ramon yang terletak di Negev.

“Beberapa buah sasaran utama lagi seperti pengkalan tentera Nevatim Israel di Al-Naqab turut menerima nasib sama dihujani peluru berpandu balistik IRGC,” katanya dalam hantaran di laman facebook rasmi miliknya pada hari ini.

Tambah Dr Khalil, serangan tersebut juga menyebabkan banyak kawasan di negara haram Israel berhadapan dengan kemusnahan yang menyebabkan pendatang haram yahudi panik dan berpusu-pusu keluar ketakutan untuk mencari perlindungan di tempat perlindungan bom ( bomb shelter ) khususnya dikawasan bandar seperti Tel Aviv.

Menurutnya, berikutan serangan tersebut juga menyebabkan berlaku pertempuran sengit antara kumpulan pejuang Palestin dan tentera regim Zionis Israel di kebanyyakan tempat di sekitar Tebing Barat.

“Wakil tetap negara haram Israel di PBB telah menggesa Majlis Keselamatan PBB supaya mengadakan sidang tergempar berikutan serangan Iran ke atas negara haram Israel dengan Setiausaha Agung PBB segera mengeluarkan kenyataan mengecam keras serangan tersebut.

“Dilaporkan masih terdapat ratusan buah dron lagi yang dalam perjalanan ke arah sasarannya di negara haram Zionis Israel,” ujarnya.