Home Berita PAS Selangor

Institusi beraja negara masih utuh – Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

70
SHARE

May be an image of 2 people and people standing

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : YBhg Ustaz Shafie Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

Artikel | 446 Tahun Tanah Melayu Dijajah, Penjajah Gagal Runtuhkan Institusi Beraja

Penjajah menjajah negara kita selama 446 tahun (tahun 1511 hingga tahun 1957). Selama tempoh itu institusi Raja-raja Melayu tidak mampu diruntuhkan oleh penjajah, sekalipun menurut catatan sejarah Raja-raja Melayu kerap dimanipulasi oleh mereka.

Bukan setakat dimanipulasi, lebih dari itu Raja-raja Melayu dihasut dan sesetengahnya didukung dan dibiaya demi untuk melaga-lagakan mereka sesama sendiri. Malah ada di antara Raja-raja Melayu diusir daripada negeri mereka sendiri, dan ada pula yang dibunuh.

Semua itu adalah usaha untuk meruntuhkan dan menghapuskan institusi raja di Tanah Melayu.

Namun usaha itu tidak berjaya. Inggeris terpaksa mengakui kewujudan institusi Raja-raja Melayu ini dan memaktubkannya di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian tersebut dimeterai demi memberi status merdeka kepada Tanah Melayu.
Ada satu lagi kumpulan yang tidak sempat menjajah Tanah Melayu tetapi punyai maksud yang sama – meruntuhkan institusi Raja-raja Melayu. Kumpulan itu ialah komunis.

Komunis adalah suatu ideologi. Ideologi ini meresap masuk ke Tanah Melayu dengan alasan mahu memerdekakan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah. Ideologi komunis ini digerakkan dalam bentuk gerakan gerila (guerrilla). Gerakan gerila ini menghasut rakyat di Tanah Melayu, menyokong dan membiayai mereka dengan pelbagai cara.

Idea dan tawaran mahu memerdekakan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah adalah idea yang menarik. Sebab itu ramai orang Melayu yang terpesona sehingga melibatkan diri dalam gerakan komunis ini. Hakikatnya, orang-orang Melayu itu adalah mereka yang terpedaya. Justeru kerana antara agenda gerakan komunis adalah mahu meruntuhkan institusi Raja-raja Melayu.

Bagi komunis, Raja-raja Melayu ini tidak ada guna sama sekali.

Malang sekali jika pada hari ini masih ada orang Melayu yang masih tidak sedar-sedar hakikat ini.

Dalam menghadapi gerakan komunis dan cengkaman penjajah mujur ada ramai para ulama’ yang menggerak bangsa.

Para ulama’ menjadi antara penggerak penting dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu, sekaligus menjadi benteng mempertahankan institusi Raja-raja Melayu agar terus menjadi payung negara.

Tanah Melayu perlu merdeka. Merdeka daripada penjajah -Inggeris, Belanda dan Jepun. Juga merdeka daripada hasutan komunis.

Tahun 1957 negara kita merdeka. Kita merdeka dengan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Kita merdeka dengan institusi Raja-raja Melayu masih dipertahankan.

Alhamdulillah.

Justeru itu bangunlah wahai bangsa Malaysia. Bangun pertahankan kemerdekaan negara kita.

Allahu Akbar!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor