Home Artikel PAS Perak

Inovasi Beg Pembungkus Daripada Tumbuhan – YB Akmal Kamarudin

144
SHARE
May be an image of 1 person, standing and textPERAK SEDIA SOLUSI PENCEMARAN PLASTIK KONVENSIONAL
TAIPING, 14 April – Perak komited mungurangkan longgokan plastik yang menjejaskan alam sekitar dengan menggalakkan penggunaan bag pembungkus biodegradasi dalam kegunaan harian.
May be an image of standing and text
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, YB Mohd Akmal Kamarudin berkata inisiatif itu merupakan inovasi baharu bagi mengurangkan penggunaan plastik konvensional.
“Kita ke arah itu. Kita akan giatkan dahulu kempen kesedaran menggunakan produk biodegradasi dan berbakti kepada alam sekitar. Plastik konvensional bercampur bersama sisa sampah yang lain menyebabkan tindakan kimia berlaku seterusnya berlaku pencemaran seperti pencemaran tanah, kebakaran dan ancaman hidupan akuatik. Sikap masyarakat yang tidak peka terhadap keburukan penggunaan plastik konvensional juga menjadi punca lambakan plastik konvensional,” katanya.
May be an image of one or more people, people standing and text
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pengagihan Produk Biodegradasi Taiping di Pasar Pagi Kamunting pada Sabtu.
Jelasnya beg pembungkus atau beg sampah bersifat mesra alam itu dihasilkan daripada tumbuhan seperti ubi gajah, serai wangi, jagung dan sebagainya.
“Ia boleh mereput dalam tempoh antara lapan bulan hingga dua tahun. Berbeza dengan plastik konvensional yang memakan masa ratusan tahun,” ujarnya.
Jelas Mohd Akmal, tindakan dan perancangan sewajarnya akan diambil bersama pemain industri plastik konvensional di Perak agar usaha itu tidak menjejaskan industri mereka.
“Kita sedang berusaha untuk memastikan (program ini) tidak menutup ekonomi kilang plastik konvensional, Kita akan berbincang agar mereka juga memperkenal produk biodegradasi tanpa mencemarkan alam sekitar. Situasi menang-menang akan dicapai untuk semua pihak sebab bagi saya, kelestarian alam sekitar amat penting begitu juga pembangunan ekonomi,” katanya.
Sumber: Komunikasi Strategik Perak [Stratcom]