Home Artikel PAS Selangor

INFO Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor | Us Noor Najhan Bin Mohamad Salleh – Konvoi 4X4 Menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-63

197
SHARE

Kapar, Selangor | 31 Ogos 2020

Konvoi Merdeka kenderaan 4×4 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Selangor telah berjaya dilaksanakan.

Tetamu Kehormat yang hadir Tuan Ali Suhaili, Pengarah Jabatan Penerangan Selangor, Us Noor Najhan Mohamad Salleh, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia Selangor, Dr Khairi Husin, Ahli Lembaga Pelawat HTAR turut bersama pegawai-pegawai Penerangan, wakil NGO dan orang ramai.

Sebanyak lebih 40 buah 4×4 Setia Jaya telah menyertai Konvoi ini. Kawalan lalu lintas diseliakan oleh Polis Traffic Klang Utara.

Majlis bermula dengan taklimat dan doa selamat. Perjalanan Konvoi selama 2 jam ini telah melalui jalan Kampung dan Pekan. Antara laluannya Kampung Bukit Kapar, Kampung Meru, Kampung Budiman, Kampung Bukit Cherakah dan Kampung Bukit Kerayong.

Akhir destinasi Konvoi berhenti di padang futsal Tok Mekhlas dengan mendengar beberapa ucapan Pimpinan.

TAHNIAH di atas program yang cukup berjaya ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#MalaysiaPrihatin
#KamiSayangSemua