Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Sudden Cardiac Arrest (SCA), lebih merbahaya daripada sakit jantung. Selain daripada sakit jantung yang sering dikaitkan sebagai ‘pembunuh senyap’, jantung berhenti mengejut atau SCA sebenarnya lebih berbahaya dan perlu turut diberikan lebih perhatian.
Ini kerana, SCA berlaku secara mengejut tanpa adanya amaran. SCA akan menyebabkan mangsa terus rebah ke tanah tanpa adanya denyutan nadi dan pernafasan. Jika mangsa tidak mendapatkan rawatan, selang beberapa minit mangsa akan terus meninggal dunia.
Jika hendak dibandingkan dengan serangan jantung, dalam kebanyakkan kes mangsa masih boleh lagi diselamatkan kerana terdapat tanda awal untuk mengenal pasti penyakit akan menyerang seperti sakit di bahagian dada, sukar bernafas, berpeluh dan pening.
Cara untuk mengatasinya adalah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan lengkapkan diri dengan ilmu perubatan kecemasan seperti CPR serta sentiasa mengawasi degupan jantung dan tekanan darah sebagai amalan rutin mingguan.
Semoga bermanfaat.
23 Ogos 2021 | 14 Muharram 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor