Home Artikel PAS Perlis

Infak / Derma Kepada DUPNPs Menerusi Jompay

295
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis telah mengorak langkah ke hadapan dgn melancarkan kemudahan Infaq/Derma menerusi Jompay.

Menurut ketuanya Ustaz Idris Yaacob, kaedah ini membolehkan para penyumbang untuk memberikan sumbangan di mana-mana lokasi yang mempunyai kemudahan platform pembayaran elektronik berkenaan.

“DUPNPs percaya, platform seumpama ini akan memudahkan lagi masyarakat untuk memberikan sumbangan mereka secara lebih selamat dan cepat.

“Sumbangan daripada para penyumbang amatlah diperlukan bagi memastikan segala perancangan DUPNPs dapat dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menerusi Jompay, pengguna hanya perlu memasukkan maklumat-maklumat seperti kod Jompay, sumbangan dan nombor telefon untuk dihubungi untuk membuat sumbangan.

Kod Jompay : 24539