Home Berita PAS Terengganu

Imtiaz Besut rangkul juara MASSMIYT

10
SHARE

SETIU – Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dinobatkan sebagai juara keseluruhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Yayasan Terengganu (MASSMIYT) Ke-10.

Kejayaan itu diraih selepas menewaskan tujuh sekolah lain dalam kejohanan sukan melibatkan semua sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.

Kejohanan itu membabitkan persaingan sengit merebut pingat emas melibatkan 16 acara yang dipertandingkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim, yang merasmikan majlis penutup, agenda pembangunan sukan di Imtiaz turut berkembang di kalangan murid.

“Di samping Imtiaz merekodkan kecemerlangan akademik yang sangat membanggakan,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, Megat Samsudin Megat Yusof dan Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu, Siti Halimah Sidek.

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Nerus dinobatkan sebagai juara bagi perarakan terbaik.

Sementara itu, SMIYT Besut merangkul johan keseluruhan lelaki dan johan bagi keseluruhan perempuan menjadi milik tuan rumah, SMIYT Setiu.