KUALA TERENGGANU – Impian pelajar Terengganu untuk mengikuti pengajian ke luar negara tercapai dengan bantuan Yayasan Terengganu melalui kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT).
Fatimah Zahra Zainuddin, 19, melahirkan rasa syukur kerana dipilih oleh Yayasan Terengganu untuk menyambung pengajian ke Algeria.
Dia berkata demikian selepas menghadiri Program Pelepasan Pelajar Terengganu ke Algeria sesi 2022 bertempat di Ruang Pelepasan Aras Dua, Lapangan Terbang Sultan Mahmud semalam.
Sementara itu, Wan Muhammad Amirul Asyraff Wan manaf, 19, berkata pelbagai persiapan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan melalui kursus bahasa dan sebagainya sebelum kami berangkat ke Algeria.
“Pengalaman dapat menyambung pengajian ke Algeria ini merupakan satu sejarah paling bermakna dalam hidup dan akan saya balas jasa ibubapa dan kerajaan Terengganu dengan sebuah kejayaan,” katanya.