Home Berita PAS Wilayah

Iltizam PAS bantu anak yatim

268
SHARE

WANGSA MAJU, 25 Apr – “Iltizam PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam adalah untuk memberi khidmat kebajikan berterusan bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik, terutamanya anak-anak yatim.”

Terdahulu ialah antara yang ditegaskan Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam ucapannya pada majlis penyampaian sumbangan kepada 110 orang anak yatim di Parlimen Wangsa Maju semalam.

“Yang penting, PAS mengambil tanggungjawab membantu golongan fakir miskin serta anak yatim yang amat dititikberatkan dalam ajaran Islam”.

Tambah beliau lagi, Nabi SAW mengibaratkan darjat kemuliaan orang yang memelihara anak-anak yatim itu terlalu dekat dengan baginda di syurga seperti jari telunjuk dengan jari manis.

“Sumbangan yang kita beri mungkin tidak begitu besar, malah tidak mampu pergi ke semua rumah anak-anak yatim yang ada. Namun inilah (sumbangan) tanda rasa tanggungjawab kita (PAS) berpadanan dengan kemampuan yang ada.

“Kepada para ibubapa dan penjaga yang memelihara anak-anak yatim, hendaklah dihayati bahawa ini adalah satu tanggungjawab yang besar dan dimuliakan oleh agama kita (Islam).

“Dalam kehidupan hari ini, saya seru setiap anak-anak jadikan Rasulullah saw sebagai ikon kehidupan untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat”, jelasnya.

Turut hadir ialah YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud, Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan OKU dan Asnaf Wangsa Maju, Zakaria Yahya dan Wakil NGO ImProf Malaysia, Skuad Prihatin.