Home Berita PAS Perak

Ilmu dan perjuangan muallimah PASTI lahirkan generasi bertaqwa dan berilmu.

271
SHARE

OLEH FIZA FIR

PASIR SALAK 27 Apr: Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan Kawasan Pasir Salak telah mengadakan Program Lawatan Ke Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) di Kampung Gajah pagi semalam.

Ketua Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan, Encik Rohizal Jamali Shaari menyatakan bahawa sebanyak 8 buah PASTI termasuk 28 orang muallimah telah dikunjungi disekitar DUN Kampung Gajah manakala di DUN Sungai Manik telah disantuni terlebih dahulu beberapa hari sebelumnya.

Beliau berkata, “Ia bagi menghargai dan menyantuni warga muallimah PASTI yang berusaha mendidik anak-anak dalam keadaan norma baharu ini disebabkan pendemik Covid -19 yang melanda negara.

“Ilmu dan juga perjuangan seorang pendidik itu tidak harus terhenti,ia perlu diteruskan dengan ape jua cara agar dapat melahirkan generasi yang bertaqwa dan berilmu.”tambahnya lagi.

Program tersebut telah menarik perhatian YDP Kawasan Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari untuk turut serta malah beliau menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap usaha penghargaan para muallimah yang terlibat.

Sumbangan berupa wang tunai(sumbangan invididu tertentu),barangan dapur,buletin ‘Kalam al-Wardah’ dan kurma diberikan sebagai tanda ‘hati’ kepada mereka.

Turut serta dalam program ini Ketua Dewan Muslimat, Hjh Jamaliah Hj Sudin, Penolong Setiausaha Dewan Muslimat Faridah Dawam dan Exco Pemuda Kawasan Ustaz Mohd Firdaus Mustadza.