Home Berita PAS Terengganu

Ikrar tingkat prasarana bekalan air bersih

48
SHARE

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Calon PAS dan Perikatan Nasional (PN) P036 Kuala Terengganu berikrar akan meningkatkan prasarana bekalan air bersih di bandar raya ini.

Datuk Haji Amzad Hashim berkata, beliau akan berusaha mendapatkan peruntukan di peringkat Persekutuan supaya program penukaran paip di seluruh terutama parlimen Kuala Terengganu ini dapat disegerakan.

Dari segi bekalan air, kita telah berjaya mencapai berkait dengan masalah tekanan jadi sekarang ini apabila loji air baru telah pun disiapkan, saya difahamkan setiap hari kita ada tambahan bekalan sehingga 23 juta liter.

“Saya juga dimaklumkan oleh SATU bekalan tiada masalah cuma sekarang apabila bekalan bertambah tekanan air paip yang ada sekarang ini sangat tinggi dan kadar paip pecah agak tinggi,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata demikian ketika ditemui pihak media pada hari ini.

Menurutnya, pelbagai aduan daripada rakyat yag banyak beliau selesaikan dengan segera.

“kadang-kadang perkara itu tidak ada dalam khas kawasan tertentu sahaja. Kadang-kadang masalah angin benda itu boleh diselesaikan dengan mudah jadi tekanan air akan kembali seperti biasa,” ujar beliau.

Sementara itu, beliau turut mengambil tindakan berkaitan dengan isu sampah, penyelenggaraan jalan raya dan pemotongan rumput.

“Berkait dengan rumput ini adalah kadang-kadang saya tengok masih ada lagi kontraktor yang gagal memotong rumput pada masanya atau mungkin ada perlu penambahbaikan dari segi jadual pemotongan.

“Rasa bahawa jadual yang ada cukup tapi kadang-kadang bila sampai giliran potong rumput di kawasan it dah terlalu panjang. Jadi ini tak elok untuk bandaraya kita,” katanya.

Selain daripada itu, beliau turut mengulas bahawa sentiasa meletakkan cabaran baru dan jangan berpuas hati dengan setiap pencapian yang telah dibuat.

“Saya sedar bahawa dari segi sambutan baik tapi kita perlu sentiasa tidak berpuas hati dengan sekadar menang.

“Jadi sasaran untuk kali ini adalah untuk kita meningkatkan majoriti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu kita mencapai majoriti 14,773, saya mensasarkan majority pada kali ini lebih besar,” tambah beliau lagi.