Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Muhammad Shawal Suhaimi
SUNGAI BULOH, 7 Ogos – Hari ini Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh dan PAS Cawangan Bandar Baru Sungai Buloh bersama Khidmat Malaysia sekali lagi telah menjalankan aktiviti pengagihan bantuan ikan dan sayur segar di beberapa flat perumahan di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh.
Kos anggaran sebanyak RM3500, hasil daripada kutipan sumbangan orang ramai dimanfaatkan sebaik mungkin dengan pembelian ikan dan sayur segar dan diagihkan kepada lebih 250 keluarga.
Pemuda PAS Sungai Buloh mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang tidak putus-putus setiap minggu menyalurkan sumbangan kepada team kami untuk menjalankan program infak sebegini lagi dihari-hari akan datang.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor