Home Artikel PAS Perak

Ijtimak Tarbawi PAS Bukit Gantang : Tanpa Tarbiyah Pasti Rebah

111 views
SHARE

BUKIT GANTANG , 6 Oktober – Ijtimak Tarbawi yang telah berlangsung di Pusat Tarbiyyah PAS ,Bukit Chempedak pada 6 Oktober yang lalu memupuk semangat yang tinggi kepada ahli pas untuk bekerja dan berjuang dengan lebih kuat menuju PRU15.

Program yang bermula pada pukul 200 petang hingga 11.45 malam itu disusun selaras dengan pendekatan PAS Bukit Gantang yang menjadikan tarbiyah sebagai tiang utama dalam agenda pembinaan jamaah Islam.

Ianya padat dengan taujihat dan forum serta aktiviti-aktiviti ibadah yangbertujuan untuk memperkemaskan amal tarbawi pada setiap ahli pas.

Program julung kali anjuran Pas Kawasan Bukit Gantang itu, merupakan ‘penyegaran’ bagi membentuk kesatuan fikrah, kesatuan hati di dalam tindakan melaksanakan gerak kerja Islam.

“Ia merupakan ‘penyegaran’ kembali semangat selepas PRU14 dalam mengukuhkan makna ijtima’ peserta kepada jamaah, mengulangkaji semula maksud tarbiyah yang dibawa oleh PAS , memantapkan kefahaman peranan ulama dan mengukuhkan ukhuwwah sesama peserta dalam menghadapi cabaran tarbiyah, dakwah dan siasah,”ujar Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , YDP PAS Bukit Gantang ketika dihubungi pada perasmian penutup program oleh AJK PAS Pusat , Ustaz Mokhtar Senik.

Beliau berkata, kepimpinan utama PAS kawasan , muslimat , pemuda , cawangan hadir dan menekuni setiap program, taujihat dan amanat yang diberi oleh pemimpin PAS peringkat negeri dan pusat.

Antara pimpinan PAS peringkat negeri dan pusat yang hadir memberi taujihad adalah Ketua Ulama PAS Perak ,Ustaz Sidek Noor , Ajk Muslimat PAS Perak , Ustazah Rohayati Abidin , selebriti jemputan PU Syed , Pesuruhjaya PAS Perak , Haji Razman Zakaria dan AJK PAS Pusat , Ustaz Mokhtar Senik.