Home Berita PAS Terengganu

Ijtimak PAS 2025 gegar Besut

12
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kota Putera Square, Besut bakal menjadi tumpuan apabila barisan pemimpin utama PAS dari seluruh negara turun padang dalam Ceramah Umum Perdana sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2025 pada Jumaat ini, 1 Ogos 2025.

Majlis yang akan bermula selepas solat Maghrib bakal menampilkan Naib Presiden PAS, Ustaz Dato’ Idris Ahmad, bersama Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Nasiruddin Daud.

Turut serta ialah Ahli Jawatankuasa Bersatu, Tuan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal, dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Satiful Bahri Mamat yang akan menyampaikan pidato khas.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, menyeru seluruh rakyat Terengganu khususnya dari kawasan utara negeri agar hadir memeriahkan ceramah yang penuh dengan pengisian dan mesej perjuangan.

“Tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimat, insya-Allah bersempena Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Kami menjemput seluruh rakyat untuk hadir beramai-ramai memeriahkan majlis ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dato Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Pada sebelah siang hari Sabtu 2 Ogos, menurut beliau, bermula jam 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang, Ijtimak turut menyaksikan sesi perbahasan melibatkan sembilan gagasan utama, dikupas oleh wakil kawasan dan dewan-dewan di bawah PAS Terengganu.

 

“Antara tajuk yang dibahaskan termasuk Teguh Memimpin Gagasan Berwahyu oleh PAS Kawasan Kuala Nerus dan Perteguh Sokongan Rakyat Menerusi Dakwah dan Kebajikan oleh PAS Kawasan Hulu Terengganu.

 

“Wakil Dewan Pemuda PAS dan Ameerah Negeri Terengganu membahaskan isu Dakwah dan Tarbiah untuk Gen Z, manakala PERANTAU bersama PAS Kawasan Besut membawa tajuk Gerak Kerja PRU16: Mempersiap Jentera Kemenangan.” Menurut Ustaz Wan.

Selain itu, kata beliau, PAS Kawasan Marang mengupas isu Komunikasi Strategik dan Sebaran Penerangan, sementara Dewan Ulama’ serta PAS Kawasan Dungun menyentuh tentang Memantapkan Tarbiyyah dan Perkaderan Ahli.

“Turut dibentangkan ialah tajuk Pengukuhan Organisasi Parti dan Kepimpinan oleh DHPP dan PAS Kawasan Kuala Terengganu, serta Keluarga PAS Asas Kekuatan Jemaah oleh Dewan Muslimat dan PAS Kawasan Setiu.

 

“Penutup perbahasan menyaksikan kupasan bertajuk Teguh Memimpin, Wibawa Terengganu untuk Malaysia yang dibawakan oleh Sidang As-Sabiqun dan PAS Kawasan Kemaman.” tambah beliau