Home Berita PAS Perlis

Ijtimak Guru kumpul warga pendidik PAS Perlis

135
SHARE

Oleh NUR ‘IFFAH

KANGAR, 28 Feb: Seramai 100 orang guru menyertai Ijtimak Guru Institusi Pendidikan PAS Perlis 2022 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Mereka terdiri daripada guru-guru Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (MADI), Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Furqan, SRI At-Taqwa serta PASTI dari seluruh negeri Perlis.

Program dianjurkan oleh Lajnah Pendidikan PAS Negeri Perlis dan berlangsung di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) di sini.

Ijtimak bertujuan menyampaikan maklumat baharu kepada para pendidik di samping mempertingkat motivasi mereka ke arah mempersiap diri menghadapi gerak kerja yang semakin mencabar.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Mohd. Shukri Ramli, hadir mengisi slot Amanat YB Pesuruhjaya pada akhir sesi ijtimak.