KUALA TERENGGANU – International Golden Monsoon Ride 2024 (IGMR2024) memecahkan rekod penganjuran Terengganu Inc Challenge Series dengan penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 1,600 penyertaan.
Pengarah program, Norfar’izan Hashim berkata, IGMR2024 merupakan siri keenam dianjurkan di bawah TDM Berhad dengan tujuan menarik lebih banyak pelancong datang ke Terengganu, disamping menjana ekonomi setempat.
Menurutnya, siri kali ini mempertandingkan dua acara iaitu MTB Jamboree dan Jambo Race sejauh 30km dan Fun Ride sejauh 39km.
“Penyertaan dari luar Terengganu juga ramai (seperti) dari Kelantan dan Melaka serta kami turu menerima penyertaan dari luar negara iaitu Thailand dan Singapura.
“Mungkin akan datang siri IGMR ini akan lebih meriah, maksudnya lebih ramai dari segi penyertaannya,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).
Tambahnya, IGMR2024 di bawah TDM Berhad kali ini menyediakan hadiah cabutan bertuah utama berupa sebuah kereta Perodua Myvi diiringi hadiah-hadiah lain seperti motosikal, barang elektronik dan sebagainya.
Jadi, ia tidak menolak hadiah-hadiah lebih ‘grand’ akan ditawarkan kepada peserta dalam IGMR akan datang.
Sebagaimana diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Helmi Mohamed, Syarikat Air Terengganu (SATU) dipilih sebagai penganjur IGMR bagi tahun 2025.