Oleh: Nurfatiha Mohamad
12 April 2023
Kinabatangan: Seramai 70 orang lebih murid dan jemaah ibu bapa dan guru PASTI Kinabatangan hadir dalam Majlis berbuka puasa yang diadakan di Dewan Legacy Kg Warisan.
Majlis yang diadakan buat julung-julung kalinya telah dianjurkan oleh PASTI Darul Ulum dengan kerjasama PASTI Darul Barokah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan Mudir-mudir PASTI seterusnya taklimat mengenai PASTI yang disampaikan oleh Pengerusi PASTI Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla.
“Di PASTI murid bukan sahaja diajar soal agama, kenal Allah dan Nabi malah Sistem Pendidikan PASTI juga menerapkan elemen-elemen 5C iatu Celik Minda, Celik Bahasa, Celik Sahsiah, Celik Al-Quran dan Celik Cerdas.
“Semoga dengan ilmu yang diajarkan dan diterapkan kepada anak-anak PASTI ini dapat menjadi ladang pahala kepada kita kerana menghantar anak ke PASTI,” ujarnya lagi yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan.