Home Berita PAS Perlis

Iftar Erat Hubungan DPPNPs Dengan Jemaah Tabligh

805
SHARE

PADANG BESAR: Kemesraan atas nama ukhuwah Islamiyah, itulah yang dapat digambarkan daripada program berbuka puasa yang telah berlangsung di markas Jemaah Tabligh, Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Perlis, pada 15 Jun yang lalu.

Program yang melibatkan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis dan pihak madrasah ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang telah dirancang dalam takwim DPPNPs, bertujuan mengukuhkan lagi hubungan antara Pemuda PAS Perlis dengan pihak luar, khususnya badan-badan dan persatuan-persatuan berteraskan Islam. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Bin Azizan dan Dr. Saifizi bin Saidon, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar, antara pimpinan DPPNPs yang hadir dalam program berkenaan. Turut serta, Ketua Penerangan Dewan Ulama’ Negeri Perlis, Ust Azamhari bin Mohamood.

Program bermula dengan bacaan Tahlil pada jam 7.00 malam, disusuli dengan majlis penyerahan sumbangan oleh DPPNPs kepada pihak madrasah. Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Azmir Bin Azizan kepada wakil madrasah.

Para peserta program kemudiannya menikmati juadah berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. 

Bersesuaian dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), DPPNPs komited untuk meneruskan penganjuran program seumpama ini dari semasa ke semasa. 

{jathumbnail off}