Home Berita PAS Pahang

Iftar bersama wira, berkhidmat tanpa noktah

51
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 18 Mac  – Ramadan terus menjadi medan kebersamaan apabila Ahli Dewan Negeri Beserah, YB Dato’ Andansura Rabu meneruskan tradisi berbuka puasa bersama wira negara di Balai Bomba Gebeng di sini semalam.

Menurut Andansura Rabu, majlis iftar ini adalah tahun ketiga berturut-turut diadakan, sebagai tanda penghargaan kepada wira-wira merah yang sentiasa bersiap siaga demi keselamatan rakyat.

“Pengorbanan anggota bomba bukan sekadar mempertaruhkan nyawa dalam operasi menyelamat, tetapi juga mengorbankan masa bersama keluarga demi menjalankan tugas.

“Mereka berkhidmat tanpa noktah, sentiasa bersedia untuk masyarakat walaupun ketika orang lain berbuka bersama keluarga. Inilah pengorbanan yang harus kita hargai,” katanya.

Sejak dua tahun lalu, Pusat Khidmat DUN Beserah dengan usahasama pertubuhan Iman Care giat menganjurkan program menyantuni petugas barisan hadapan seperti polis dan bomba.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada pegawai dan anggota Balai Bomba Gebeng kerana menerima kedatangan kami untuk berbuka bersama.

“Terima kasih juga kepada pertubuhan Iman Care yang menguruskan penyediaan juadah berbuka. Semoga program ini membawa keberkatan daripada Allah dan kebaikan kepada semua.

“Majlis berbuka puasa ini bukan sekadar satu pertemuan, tetapi simbol penghargaan dan kebersamaan terhadap petugas yang terus berkhidmat tanpa noktah,” tambah Andansura Rabu lagi.