KUALA TERENGGANU – Jarang-jarang sekali, pemimpin dapat menjadualkan waktu harian mereka untuk makan bersama rakyat, tetapi Setiausaha PAS Terengganu, telah melaksanakan rutin tersebut sejak tiga tahun lalu.
YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga ADUN Wakaf Mempelam memulakan program ‘Iftar Di rumah Rakyat’ pada Ramadan kali ini, di Kampung Panji, selepas beliau pulang daripada Misi Kemanusiaan di Turkiye.
“Alhamdulillah, tradisi berbuka puasa di rumah rakyat diteruskan lagi tahun ini. Dah tiga tahun edisi berbuka puasa di rumah rakyat ini kita laksanakan.
“Hari ini memulakan siri ziarah pertama berbuka puasa di rumah Pakcik Idris Wook di Kampung Panji.” ujar beliau petang semalam.
Selain membawa sendiri juadah berbuka puasa itu, Ustaz Wan juga turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada tuan rumah.
“Menu hari ini juga ‘special’, ada nasi arab ayam dan lamb shank. Tiga talam kita bawakan khas ke rumah Pakcik Idris hari ini.
“Terima kasih tuan rumah yang sudi terima kehadiran kami hari ini.” tambah beliau.